Friday, February 8, 2019

Short escape ke Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum w.b.t

Bersempena dgn cuti panjang CNY aritu sis berpeluang bwk anak2 santai familia ke bukit gambang safari & waterpark. Sekali juga menyambut 8th anniversary..Alhamdulillah syukur dgn nikmat ALLAH...

Actually, booking hotel & tiket masa promo post matta fair dlm bulan september 2018. Nak dpt harga murah2 kena la rajin survey..sis dpt pakej hotel+bekpes+safari+waterpark RM 368 only for 4 pax..consider murah amat la..

Iklan promo sempena post matta fair


Utk percutian kali ni sis menginap dekat Caribbean Bay Resort since itu je bajet yg ade time booking tu..hihi..wpon pakej paling murah tp semua fasilities tip top sesuai dgn setiap sen yg kte bayar 😊😉

Jom sis share keseronakan le familia kat sana..really enjoy stay for 2D1N..such a great hospitality❤❤❤




Lion ngah catwalk

Shark do do dance

Yabara nite...

Masuk savanah tgk harimau & haiwan eksotik lain

Parrot in action

Bear tgh mkn roti..hihi





Naik tram utk ke waterpark/safari park




Meh sis share sikit info yg sis dpt drpd mr. gugel......


Bukit Gambang Resort City (BGRC) adalah bandar peranginan bersepadu yang merentasi 727 ekar hutan sekunder. Terletak secara strategik di Gambang, Pahang, ia adalah pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu kota Pahang - Kuantan. 

Dengan akses mudah melalui Lebuhraya Pantai Timur, BGRC adalah hanya 218km dari Kuala Lumpur dan hanya 35 km sebelum bandar pantai Kuantan yang terkenal.

Nak naik flight pon bole, penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah adalah sekitar 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang dan 65 minit dari Lapangan Terbang Changi Singapura. BGRC hanyalah 35 minit pemanduan dari lapangan terbang.

Kat BGRC ni ade 3 jenis penginapan:
  • Arabian Bay Resort
  • Caribbean Bay Resort
  • Everria Villas Resort

Safari Park

Terletak di dalam hutan seluas 138 hektar dan hanya 35km sebelum bandar Kuantan, Bukit Gambang Safari Park adalah Taman Safari Zoo terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai haiwan eksotik dari seluruh dunia, dengan lebih dari 300 spesies haiwan dan yang pertama di Malaysia.
Waktu Operasi Taman Safari


Selasa, Rabu & Khamis:
12:00 tengah hari - 9:00 malam

Jumaat, Sabtu, Ahad, Malaysia & Cuti Sekolah:
10:00 pagi - 9:00 malam

Ditutup setiap hari Isnin; kecuali di Cuti Umum & Cuti Sekolah di Malaysia:
10:00 pagi - 9:00 malam


Water Park

Dibina untuk memanfaatkan kawasan berbukit semulajadi 46 ekar hutan sekunder, Taman Air Bukit Gambang telah dianugerahkan "Best large water park" pada tahun 2011 oleh MAATFA (Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions). Ia mempunyai satu-satunya kolam gelombang di negara ini dengan 8 mod gelombang yang berbeza.

Kanak-kanak boleh bermain dalam "Pulau Penguin" di mana ia mempunyai struktur aqua pertama di Malaysia, di bawah pengawasan Lifeguard yang berkelayakan.

Waktu bersenang-senang bersama keluarga bertambah seronok apabila anda mengapungkan "Lazy River" atau "Family Raft" yang terpanjang di Malaysia.

Ini adalah taman pertama di Malaysia yg melaksanakan sepenuhnya sistem transaksi tanpa tunai. "E-value" membolehkan pengunjung menyimpan nilai tunai di band pergelangan tangan mereka; tanpa perlu membawa apa-apa tunai fizikal untuk mana-mana pembelian di dalam taman.

Waktu Operasi Taman Air

Isnin Isnin, Rabu & Khamis:
11:00 pagi - 6:00 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad, Malaysia & Cuti Sekolah:
9:30 pagi - 6:30 petang

Ditutup setiap hari TUESDAY; kecuali semasa Cuti Awam & Sekolah di Malaysia


For more info bole la visit website BGRC: https://bgrc.com.my/

No comments:

Post a Comment