Thursday, April 9, 2015

Sinusitis a.k.a Resdung

Assalamualaikum w.b.t

Bersiaran kembali after 1 day MC..hehe

Pe cer MC plak?? I di serang sinusitis for 2nd time...

Br je kena last month..Musykil ok..

Rupanya yg batuk kohkohkoh to side effect dr sinusitis la..bahasa kg nyer resdung..ptt mkn ubat batuk x lega..

Ok, cter smlm i dah x tahan batuk kuat smpai naik sempot..So, decide p BP Taman Megah..i staf BP..mana2 BP bole p ye..actually xmau p BP pon..tp sbb MC valid from BP doctors je so ku paksa kn diri untuk pegi..

After history taking by d doc, again he said u kena sinusitis..i curious nape salu kena bcoz last month br kena smpai seminggu gak..then dia ckp maybe alah or stres..or start with flu then continued with sinus la..I tanya la normal ke if salu kena..bila kena sakit kepala tu mak aiii xley nk describe haaa..dia ckp its normal but without proper treatment will become dangerous..then dia suggest gak soh refer ENT specialist coz dah 2nd attempt kn...

After citer itu ini doc pon bg MC sehari & all d ubat2an..Ubat kumur, flu & antibiotik..Sori lupa snap gmbr..



Sumber: google...For gargle only..x best..yukz!!


What actually sinusitis nih??

APAKAH SINUSITIS?

Sinusitis berlaku apabila berlakunya keradangan dan pembengkakan pada lapisan sinus atau apabila pengaliran keluar cecair mukus daripada sinus tersekat. Ini akan menyebabkan sinus dipenuhi cecair.


Silia yang merupakan bulu-bulu halus dalam sinus biasanya dapat ‘menyapu’ mukus keluar ke rongga hidung. Apabila silia tidak berfungsi atau terdapat halangan di antara sinus dan rongga hidung, sinusitis (pembengkakan sinus) akan berlaku.


APAKAH YANG MENYEBABKAN SINUSITIS?

Biasanya sinusitis berpunca daripada jangkitan bakteria, selalunya berlaku selama beberapa hari. Ia sering terjadi akibat alahan pada hidung, lelahasthma atau pencemaran udara yang menyebabkan tindak balas keradangan.
Selsema akibat jangkitan virus juga boleh menyebabkan ruang sinus tersumbat dan merebak kepada jangkitan bakteria. Sinusitis yang berlaku dalam keadaan sebegini dipanggil sinusitis akut.

Sinusitis boleh berlarutan (dipanggil sinusitis kronik) selama beberapa bulan, malah beberapa tahun. Individu yang kerap mengalami sinusitis atau berlarutan selama lebih daripada tiga bulan juga dikatakan menghidap sinusitis kronik.

Bakteria yang sering menyebabkan sinusitis akut adalah Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenzae, and Moraxella catarrhalis. Mikroorganisma tersebut serta Staphylococcus aureus dan beberapa jenis anaerobes (bakteria yang boleh hidup tanpa oksigen), menyebabkan sinusitis kronik.

Kulat juga boleh menyebabkan sinusitis kronik yang biasa berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai penyakit yang melemahkan sistem pertahanan badan seperti AIDSleukemia dan kencing manis.


APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA SINUSITIS?

Sinusitis boleh berlaku tanpa mengira had umur. Sakit tekak dan batuk merupakan gejala yang paling biasa dialami oleh penghidap sinusitis akut dan kronik. Lapisan mukus pada hidung menjadi kemerahan dan membengkak dan bernanah.

Gejala sinusitis kronik mungkin tidak seteruk sinusitis akut; bagaimanapun, sinusitis kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti menjadi buta dan bengkak bernanah di bahagian otak.



Sinusitis akut:
  • Hidung tersumbat dan berlendir.
  • Mukus berkumpul di bahagian tekak, menyebabkan sakit tekak.
  • Sakit kepala yang teruk.
  • Sakit pada kawasan sekeliling mata atau tulang pipi atau sebahagian hidung atau di atas kepala atau dahi atau di bahagian gigi atas.
  • Rasa sakit bertambah teruk apabila batuk, membongkok ke depan atau semasa baring dan berasa lega apabila kepala ditegakkan.
  • Deman biasanya berlaku.
  • Bahagian tulang pipi membengkak, kemerahan dan terasa lembut
  • Hidung berair
  • Gangguan penglihatan akibat tekanan ke bahagian otak



Sinusitis kronik:

  • Hidung berair dan tersumbat berterusan serta rasa tidak selesa pada bahagian hidung antara kedua-dua mata atau bawah mata.
  • Pengumpulan cecair mukus di bahagian tekak berterusan.
  • Kesakitan bertambah teruk pada lewat pagi atau apabila memakai cermin mata dan mungkin lebih teruk apabila selsema.
  • Sakit tekak dan bau nafas yang busuk secara berterusan.
  • Sakit gigi atau gigi sensitif yang berpanjangan.
  • Rasa tidak selesa sepanjang hari dan batuk bertambah teruk pada waktu malam.
  • Sakit kepala yang berterusan.



PENJAGAAN KENDIRI

  • Minum segelas air atau jus buah setiap jam semasa jaga.
  • Menyedut wap bermenthol boleh membantu pengaliran keluar cecair yang menyumbat hidung.
  • Campurkan ¼ sudu kecil garam atau ¼ sudu kecil soda penaik dalam 8 auns (240ml) air suam dan gunakan untuk mencuci dan melegakan rongga dalam hidung.
  • Ambillah ubat-ubatan seperti yang diarahkan, terutamanya jika anda mengambil antibiotik di mana adalah amat penting bagi anda mematuhi dosnya dan melengkapkan rawatan.
  • Dapatkan rehat yang mencukupi.
  • Ambil makanan seimbang dan lebihkan makan buah-buahan.



BAGAIMANA SINUSITIS BOLEH DICEGAH?

  • Selsema hendaklah dirawat dengan segera.
  • Hembus hidung anda dengan perlahan.
  • Minum banyak air apabila selsema supaya cecair mukus tidak terkumpul.
  • Jauhi daripada asap rokok dan bahan pencemaran lain yang boleh menimbulkan radang pada rongga hidung. Perokok biasa menghidapi sinusitis. 
  • Elakkan daripada aktiviti berenang atau menyelam semasa menghidapi sinusitis kerana klorin dalam air kolam boleh merengsa selaput rongga hidung dan sinus.

Tuesday, April 7, 2015

Chocolate Museum @Kota Damansara

Assalamualaikum w.b.t

Last saturday after kuciwa x bole beli kurma kat Yusuf Taiyoob entry di sini we olls meronda p chocolate museum lak..

Saja la bawak ank jenjalan..bosan la dok uma..

Jom terjah..

















Varieties of chocolate ada jual dlm museum nih..harga mantops!!murah cket je dr kedai....





ada promosi jugak..




upin ipin pon ade...










grab ni je..mura..n nk rasa dulu sdp ke tidak..hehe


rupa kat dlm..comei je..rasa bole tahan..melt dlm mulut hokeyy


Kesimpulannya not bad la museum ni...drpd kebosanan kat rumah kan..spare duit byk2 ye bg chocolate lovers..

Sape yg interested nak p museum ni, i share all details below:



Address: Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Phone:03-7491 4460
Hours:10:00 am – 5:00 pm


Monday, April 6, 2015

Kurma Yusuf Taiyoob @Kota Damansara

Assalamualaikum w.b.t

Lately perasan susu badan mcm cair je..so mula la minta bantuan mr google cmne nak pekat kan susu..mcm2 info la dpt..i decided nak mkn kurma je..senang..mknan sunnah tu..since time pantang dulu pon melantak kurma je..tp yg susa nyer mana nk cr kurma nih??Pose pon lmbt lagi..again minta tulun mr google..very d helpful lah..br la tau kewujudan Yusuf Taiyoob kat Kota Damansara nih..molek sgt la..dkt nau dgn uma..

Jom terjah..

 Segala jenis kacang pon ade..






 Buah kering

 byk2 kurma..ni paling murah..


Best kan..mcm2 ada..rambang mata..

But, kna bli pukal la a.k.a borong gitu..jual 5kg & 10kg..worth it la..stil murah..

I peminat mariami..tapi bapok mahai..10kg RM 200..pingsan oiii..

So, terus la decide dgn hubby cyg nk try emir super dates mcm photo kat ats tuh..murah je..rupa paras pon mcm mariami..rasa x sure..segan nk minta try..hikhik..

Pegi kaunter gtau la nk bli pe..sekali org kaunter ckp xley bli kurma coz diorng xtau either nk caj GST or not..Hampeh sgt..nape x gtau awl2..punah harapan..

Diorng bg free air kotak & nougat je..ok la..sejuk cket..


Sedap jugaks..:)


After dis nk p kne kol dulu la..available then br kita serbu...

If korang nk beli kurma bole la pegi ke add nih:

Kota Damansara Branch
18, Jalan Teknologi 3/3A Surian Industrial Park
Taman Sains Selangor, PJU 5 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor

Tel: 03-61414786

For more info please visit: http://yuta.com/html/home.html

Batuk oh Batuk....

Assalamualaikum w.b.t

Monday yang lemau..


Batuk kembali menyerang..


Penat dah kohkohkoh..perit nya tekak..kepala pon start sakit..hurm..


Today dah day 3..sabtu lepas hubby beli ubat batuk Prospan..kata nyer sesuai utk ibu yg stil bf....rasa ubt ni mcm madu pon ada..after consumed rasa nantok tp batuk nyer x lega but makin melarat plak..especially waktu mlm n subuh dingin..huhu..



RM 17.50..x lega pon...sobsob..

Nape yer lately asik batuk?

Meh kita review cket..

Sebab-sebab batuk
  1. Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  2. Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitissinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  3. Alahan
  4. Asma
  5. Merokok
  6. Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  7. Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  8. Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  9. Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  10. Tekanan
  11. Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rasanya dis time maybe faktor no 2, 7 & 10 (obviously!!lately workload hokey!!)

So, how to overcome coughing nih??

Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/tanda-a-gejala/batuk

Wednesday, April 1, 2015

Best ke Naik ERL a.k.a KLIA Transit

Assalamualaikum w.b.t

Apa kabo sume?Today dah start GST kn?Amacm, ada rasa lain kah??Hikhik...

Rini nk share pengalaman naik ERL..

Last Sunday balik Tumpat naik flight kat KLIA 2...So, dah plan dgn abe cyg balik kl t nak try naik ERL..saje bwk ank bujang Muhammad Fayyadh merasa naik tren..my boboi sorang ni minat sgt la dgn tren..al-maklum la rumah mertua kat tumpat betol2 ngadap stesen ketapi Tumpat..but, since banjir besar last year dah xde perkhidmatan ketapi coz still under maintainance..So, sepi la bumi Tumpat dgn keriuhan ketapi..PONNNNNN!!!!!!

Ok, back to our topic..

Best kah ERL?Sangat la tidak seperti yg d byg kan...Fayyadh pon bosan amat..Rasa x berbaloi byar Rm35/adult & Rm15/kid..Xpela dah nama pon nk try kan..Dah tau pasni x naik dah..Not much different with tren komuter..

Actually we olls nk naik KLIA Ekspress tp flight mlm, KLIA Ekspres combine service dgn KLIA transit. Meaning dat, xde tren direct KL Sentral..kena naik KLIA Transit..Stop di 5 stesen refer cni ye..perjalanan KLIA2-KL Sentral amik masa 35 minit.

Sampai KL sentral ade la porter luggage tunggu..tu je la keistimewaan naik ERL..ade free porter service..tolak luggage kte smpai kete..


Hero muka boring....

adik agak teruja...

Sorry la x byk photo bole share..susa coz i dok gendong bby..ni pon snap asal bole..kunun nk hapdate blog kn..

Dats all for now..<3