Friday, March 27, 2015

Counting For GST..

Assalamualaikum w.b.t

Today dah 27 Mac2015..Suma org pakat dok cita pasai GST..Included me..Mai opis sembang dgn mmbr..alik uma story dgn hubby..rata2 org terkesan dgn pelaksanaan GST by Malaysia government..Alhamdulillah..Malaysia masih aman...

So, berbalik kepada GST..another 4 days before pelaksanaan..ready kah kita wahai rakyat jelata??

Ready x ready kena ready jugaks la..pa bole buat..doniaaa...

Jom kita stadi sikit al-kisah GST nih...


Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaanmencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untukmemperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% diIndonesia,Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura danThailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman
  • Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadarcukai pendapatanindividu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST RM100juta
  • Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industridan NGO.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-bisnes/q-apakah-itu-gst-24529?cp


Amacam?? Ready?? Get set...GOOOOOO!!!! :P


Apa pun..belum cuba belum tau..


Jom la kita sesama memartabatkan GST..Hahahaha...


Sekian, terima kasih.

Thursday, March 26, 2015

Gejala sakit kepala..normal kah??

Assalamualaikum w.b.t

Lately kerap sakit kepala..

Actually since secondary school kot..dat time salu ngadu dgn arwah mama..at 1 time penah mama bwk pegi jupe sorng alim ulama yg terkenal kat kedah..lupa dah nama pe..biase la buat air penawar..balik minum..

Now ank dah dua..pon kerap sakit kepala..kdg2 berdenyut2..ada masa mcm nk meletop..sakit oii..

Maybe x cukop rest..or workload..hopefully xdela teruk mcm Nazim othman..kne belah pala bagai..mak aiii..itu scary ok..apa pon penyakit ni dugaan dr ALLAH..so, redha la..

Meh kita tgk pe punca & simptom sakit kepala nih..


Jenis-jenis Sakit Kepala

1. Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

  • Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.
  • Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
  • Bentuk migran lain yang lebih jarang.
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kepala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas meminum arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.


Ok...i've owez experienced 1,8 & 10...


Faktor-faktor Pencetus
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap


Sumber:http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.aspsfcrb=sakitkepala.htm


Ok la tu je nak share..hopefully bermanfaat utk semua..

Wassalam... :)



Monday, March 23, 2015

Nur Farha Airis....demam+batuk+selsema

Assalamualaikum w.b.t

Baru nak bjinak dgn dunia blog..

As per entry..today nk share ceritera my princess yg sinonim sgt dgn batuk+demam+selsema..Alhamdulillah..penyakit tu kan ujian dr Allah utk hamba-Nya..So, redha la wahai insan kerdil..But still, pity my lil princess...Just 10 months old..

sexy kn titew...auwww

Ok, pe cter baby kerap demam+batuk+selsema??As per Dato' Dr azizi (KPJ Damansara-Paeds Consultant) said..its genetic..wut??I've need to admit it lorh..since I mmg ada asma during childhood la..arwah mama pon..maybe not fully genetic..kebetulan je kot..bcoz u noe wut..farha just discharged last wednesday..after 5 days berkampong at KPJ Damansara..total bill RM5600..alhamdulillah covered by insurans..thanks PruBsn..

Before farha admitted I & hubby dah try mcm2..mkn madu la..sapu minyak bawang la..still x jln..before dat kte pegi juga Klinik Pakar Kanak-Kanak Chua, Kota Damansara..Doc ckp suma ok..paru2 ok..and bby pon aktif..so dont worry..just bg ubat batuk,selsema & dmm mcm biasa..plus cream sapu..coz farha cirit juga..so, pipit sudah merah maa..n total cost RM93..

But....

Mlm after amik ubt kat klinik chua terus farha batuk kemain..cant sleep at all..mama pon dah jd burung antu ok..sian tgk ank cenggitu..after a few days we decided pegi KPJ Damansara..bcoz farha dah lembik & merengek je..

 Sian kan..nebulizer 4x/day..hu

ni dah ok..bosan..tersadai je..hikhik

Now, baby start batuk again..and mama plan to try homeopati plak..Any ideas bloggers??